Cara Buat Tiktok Ads - Panduan Lengkap! 20 Minit Siap Setup Iklan! - Danial Arif (2023)

Utama » Pemasaran Digital » Cara Buat TikTok Ads

Cara Buat Tiktok Ads - Panduan Lengkap! 20 Minit Siap Setup Iklan! - Danial Arif (1)

Sibuk? Share dulu artikel ini:

Cara buat Tiktok Ads yang berkesan? Nak tahu macam mana?

Boleh rujuk tutorial jalankan TikTok Adsyang saya kongsikan di YouTube ini.(Kalau anda lebih suka belajar melalui panduan bertulis, boleh skip video dan skroll baca terus artikel dibawah)

Sejak Tiktok memperkenalkan Tiktok Ads, ramai yang tercari-cari cara buat TikTok Ads.

Antara muka (interface) Tiktok Ads sebenarnya hampir sama dengan Facebook Ads. Jadi kalau anda sudah cukup familiar dengan antara muka Facebook Ads, anda akan rasa senang untuk buat Tiktok Ads.

Satu-satunya perbezaan ketara antara cara buat Tiktok Ads dan Facebook ads adalah, format iklannya.

Kita kena faham, TikTok adalah platform yang fokus pada video.

Sekiranya anda pakar dalam storytelling berbentuk video, Tiktok Ads memang khas untuk anda. Namun, anda boleh sahaja buat ads walaupun anda tidak pakar dalam penghasilan video.

Antara caranya, buatlah paid review influencer, kemudian gunakan video paid review influencer TikTok sebagai bahan iklan anda.

Jom kita mulakan cara buat ads di Tiktok.

(NOTA: Artikel ini agak panjang, jika anda belum ada kelapangan untuk hadamkan, sila klik dan share dulu di FB anda ->https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fdanialarif.com.my%2Fcara-buat-tiktok-ads%2F)

Tiktok Ads Homepage

Terdapat dua cara untuk menggunakan Tiktok Ads. Terdapat dua cara untuk mendaftar.

  • Menggunakan akaun Tiktok
  • Daftar akaun baru

Anda boleh buat akaun ads disini:https://ads.tiktok.com/i18n/

Sekiranya anda masih tidak ada sebarang akaun Tiktok Ads, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Anda boleh pilih sama ada anda mahu mendaftar menggunakan ‘email address’ ataupun phone.

Hanya masukkan 4 maklumat yang diminta oleh Tiktok Ads seperti ‘email address/ nombor telefon, ‘password’, ‘confirm password’ dan klik ‘send code’ di verification code.

Anda akan dapat verification code melaui email/ nombor telefon. Masukkan code tersebut dan klik sign up.

Jika anda mahu mendaftar menggunakan akaun sedia ada, klik pada ‘Sign Up with Tiktok’.

Cara Buat TikTok Ads - Pengenalan kepada Manager Mode

Bahagian ini pula, anda perlu pilih sama ada anda nak Ads Manager yang simple ataupun expert. Saya sarankan anda pilih expert mode.

Dalam expert mode, anda akan boleh mengawal iklan anda. Untuk simple mode, tidak banyak pilihan dan tetapan yang anda boleh ubah.

Goal / Objektif Iklan Anda

Apa tujuan anda jalankan iklan ni?

Bila anda dah tahu tujuan utama jalankan iklan, senang untuk anda pilih tujuan pada tetapan ini. Anda boleh rujuk info dibawah untuk jenis tujuan lain dan kenapa iklan itu dijalankan.

Cara Buat TikTok Ads – Panduan Pemilihan Objektif Iklan

Iklan Awareness

  • Reach : Paparkan iklan anda kepada seramai mungkin orang

Iklan Consideration

  • Traffic: Tarik trafik ke URL laman web atau instant page TikTok
  • App Installs: Tarik trafik untuk prospek muat turun aplikasi.
  • Video Views: Nak tarik audience tengok video.
  • Lead Generation: Menggunakan pre-populated Instant Form untuk kumpulkan leads.

Iklan Conversion

  • Conversions: Nak tarik audience buat tindakan tertentu di web ecommerce, seperti purchase atau daftar akaun.
  • Catalog Sales: Dynamic ads berpandukan produk di catalog.

Pening? Tak Tahu Nak pilih Objektif Iklan Apa?

Senang je. Kalau anda buat ads untuk tarik prospek Whatsapp anda, pilih iklan ‘TRAFFIC”.

Kalau buat ads sebab nak tarik prospek datang beli di website ecommerce anda, pilih iklan Conversion.

Setting Bina TikTok Ads

Sama macam kita buat FB Ads, cara buat TikTok Ads pun kena mula dengan, berikan nama untuk kempen ini.

Pastikan nama yang diberikan memudahkan untuk anda rujuk dikemudian hari. Panjang perkataan hanya dibenarkan sehingga 512 aksara.

Set Ads Campaign Budget

Untuk set bajet, ada boleh lakukan sekarang di langkah yang terakhir. Anda perlu faham Tiktok Ads ada 2 jenis kategori bajet. Kategori ini ialah set bajet harian ataupun set bajet berpanjangan (lifetime).

Set campaign bajet, anda boleh pilih sama ada anda mahu buat iklan ini dijalankan berdasarkan harian ataupun berdasarkan jumlah bajet yang anda ada. Minimum bajet harian ialah RM20.

Berapa RM nak letak bajet?

Bergantung pada ketebalan “POKET BISNES” anda. Kalau modal kecil, cuba je dulu RM20/hari.

Kalau saya, biasa saya akan mulakan dengan RM150/hari untuk setiap adset.

Pemilihan Placement - Tempat Iklan Anda Dipaparkan

Untuk tetapan bahagian ini, anda boleh pilih sama ada anda mahukan automatik placement atau secara manual.

Terdapat tiga tempat Iklan utama Tiktok iaitu:

  • TikTok placement: In-feed ads berada di “For You” feed.
  • News Feed App placement (BuzzVideo) : Ads TikTok didalam aplikasi TikTok (Newsfeed dan Detail Page Ads
  • Pangle placement: Network penonton TikTok (sama macam Facebook Audience Network)

Automatic placement ialah kita memberikan kuasa kepada sistem TikTok untuk optimize ad delivery secara automatik.

Sekiranya anda memilih manual placement, anda mempunyai lebih banyak kawalan dalam iklan anda. Anda boleh tentukan dimana iklan anda muncul.

Untuk pemilihan manual placement, saya sarankan anda hanya memilih Tiktok. ini kerana anda hanya fokus iklan dipaparkan di “For You” page.

Tapi, sejujurnya, takde beza sangat antara pilih Automatic dan Manual Placement ni.

Bila ada skrol ke bawah, anda akan dapati tetapan advance. Pada tetapan ini, anda boleh memilih sama ada anda mahukan pengguna untuk komen dan muat turun video iklan anda.

Pemilihan Audience Targeting

Terdapat dua mod target iklan.

Anda boleh memilih custom ataupun automatik.

Untuk pemilihan automatik, sistem akan optimise iklan anda berdasarkan objektif, konten, data kempen lepas dan sebagainya.

Namun, jika anda mahukan menentukan kriteria tersendiri untuk iklan anda, boleh pilih custom targeting.

Saya sendiri selalu buat split test, saya akan buat 1 adset guna custom targeting dan 1 adset guna automatic targeting.

Custom targeting memberikan anda menentukan:

  • Lokasi
  • bahasa
  • Jantina
  • Umur
  • Interest
  • Device

Nak Target Interest Apa? Nah Ini Rahsia Pilih Interest Cara Buat TikTok Ads yang Berkesan!


Rahsianya adalah… Tiada teknik rahsia pun untuk buat TT Ads yang berkesan ni.

Bukan Interest yang mainkan peranan utama, tetapi, video konten yang kita gunakan tu paling penting!

Kebanyakan masanya, ads ke laut dan rugi bukan sebab setting teknikal, tapi faktor konte iklan tu yang bosan dan tak menarik.

Ingat, audience masuk ke TT ni untuk santai dan berhibur. Bukan untuk membeli.

Penetapan Bajet & Jadual

Walaupun tetapan ini hampir sama di Ad Set, tapi anda boleh menetapkan bajet serendah RM20 untuk bajet harian. Minima bajet sepanjang masa haruslah RM280.

Anda boleh tetapkan bila iklan anda akan bermula. Hanya perlu pilih tarikh dan masa iklan untuk diaktifkan. Anda juga boleh buat keputusan untuk membiarkan iklan anda berjalan serta-merta.

Tiktok mempunyai fungsi “dayparting”.

Bagi saya fungsi ini sangat bagus kerana anda boleh tetapkan bila anda mahukan iklan ini dijalankan.

Sebagai contoh, anda hanya mahukan iklan anda berjalan pada waktu pejabat.

Jadi anda boleh pilih “select specific time”. Sekiranya anda mahukan iklan anda berjalan sepanjang waktu, anda hanya perlu pilih “all day”.

Secara peribadi, cara saya buat TikTok Ads,saya run sepanjang hari.

Bukan iklan TT je saya buat macam ni, bahkan semua ads yang saya run (Facebook Ads, YouTube Ads, Google Display Ads, PPC Seach Ads) pun saya tak pernah set jadual, memang akan run sepanjang hari.

Bidding Strategy & Optimization

Optimization goal bergantung kepada objektif iklan anda.

Ada optimization goal conversion, clicks dan juga reach.

Sekiranya anda pilih objektif iklan ialah traffic, jadi optimization goal ialah click. Jangan risau, bahagian ini sistem sudah tentukannya.

Pilih strategi pembidaan.Terdapat dua jenis strategi iaitu bid cap dan juga cost cap.

  • Bid Cap: Jumlah maksimum per click (CPC), per view (CPV), or per 1,000 impressions (CPM).
  • Lowest Cost: Sistem iklan tetapkan kos untuk dapatkan hasil maksima pada kos terendah .

Saya pilih lowest cost. Buat masa ini saya belum pernah jalankan eksperimen fungsi bid cap.

BACA JUGA: CASE STUDY – Scale-up Jualan Website Ecommerce Dari RM413 Kepada RM 41,287.15 (Guna Fungsi Bid Cap Bidding Strategy di FB Ads)

Peringkat Ad

Di sini anda boleh ubah atau pilih nama untuk Tiktok anda. Dan jangan lupa untuk klik ikon pensil supaya anda dapat ubah profil anda.

Ad Creative

Inilah tempat yang anda boleh pilih untuk muat naik video iklan…

…untuk caption (copywriting), TT tak benarkan tulis panjang.

Jadi, berita baiknya, anda tidak perlukan copywriting power untuk buat iklan di TT.

BACA JUGA:7 Cara Untuk Buat Copywriting Power (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Nak Membeli)

Destination Page

Pilih ke mana iklan akan bawa prospek anda sama ada ke website ataupun Tiktok instant page.

Tiktok instant page berikan pengguna maklumat yang lebih mendalam tanpa perlu menunggu website loading terlalu lama.

Tapi jika anda rasa website anda bagus, tidak ada masalah untuk meletakkan website sebagai destination page.

Konklusi

Mudah je langkah-langkahnya.

Anda mungkin rasa, terlampau banyak langkah yang anda perlu ikut.

Tapi, sebenarnya, bila anda sudah faham konsep iklan, setting ni mudah je. Lepas 2-3 kali buat, akan dapat ingat semua langkahnya.

Satu lagi perkara penting, setting teknikal TT Ads ni, hanya memainkan peranan sebanyak 20%. 80% lagi faktor keberkesanan bergantung pada aspek kreatif (konten video yang digunakan)

Saya cuba menerangkan secara detail mengenai cara buat Tiktok Ads supaya anda tidak membazirkan kos marketing tanpa memahami tentang iklan.

Anda rasa panduan ini bermanfaat? Sila klik butang share dibawah, dan kongsikan di media sosial panduan cara buat TikTok Ads.

NOTA KAKI:

Ada solana nak tanya tentang TikTok Ads atau pemasaran digital? Boleh sertai group FB Komuniti Ecommerce Malaya.

Saya akan jawab dalam group ini. Link untuk sertai group:https://www.facebook.com/groups/359752064857044044

Inilah Strategi Digital Marketing yang Berjaya Hasilkan Jualan RM103,694! 100% Guna Web E-Commerce!

<< Klik untuk baca selanjutnya

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉

Artikel lain yang anda perlu baca:

1 Trick FB Ads Mudah Dan Berkesan Untuk Tarik Lebih Banyak Leads dan Pelanggan!

Baca selanjutnya »

5 Sebab Kenapa Web Ecomm Anda… Ramai Checkout Tapi Tak Ramai Beli

Baca selanjutnya »

3 Platform Pemasaran Online Selain FBads

Baca selanjutnya »

FAQs

Langkah langkah membuat iklan di TikTok Ads? ›

Cara mulai beriklan dengan TikTok Ads Manager
  1. Langkah 1. Pilih sasaran Anda. ...
  2. Langkah 2. Pilih audiens Anda. ...
  3. Langkah 3. Atur anggaran Anda. ...
  4. Buat Iklan. Rancang iklan Anda. ...
  5. Langkah 5. Tayangkan. ...
  6. Langkah 6. Ukur hasil yang Anda peroleh.

Berapa biaya iklan TikTok Ads? ›

Untuk beriklan di TikTok, kita harus mengeluarkan minimal Rp200.000 per harinya untuk setiap Ad Group yang dibuat, dan Rp500.000 untuk setiap Campaign yang dibuat. Terdapat dua pilihan strategi bidding, di antaranya: - Lowest Cost atau biaya termurah.

Berapa durasi maksimal video iklan di TikTok? ›

Umpan Berita Iklan Video TikTok

Iklan video Newsfeed TikTok sedikit lebih lama daripada iklan dalam feed, dengan durasi video dibatasi antara lima dan 60 detik.

Apakah TikTok ads manager berbayar? ›

Sama seperti fitur Ads pada sosial media lainya, TikTok Ads juga berbayar.

1000 followers di TikTok dapat uang berapa? ›

Lalu, berapa gaji TikTok dengan 1K followers tersebut? Para konten kreator dengan 1.000 pengikut terseut nantinya bisa mendapatkan penghasilan mulai dari $9 hingga $20 per bulan atau jika dirupiahkan sekitar Rp100 ribu hingga Rp300 ribu per potingan.

Bagaimana cara menambah followers di TikTok? ›

Cara Menambah Followers TikTok
  1. Identifikasi Target Audiens. ...
  2. 2. Ikuti dan Pahami Tren. ...
  3. 3. Buat Video Sendiri untuk Mendapat Pertimbangan Tiktok. ...
  4. Pilih Hashtag yang Tepat. ...
  5. Publikasikan Konten di Waktu yang Tepat. ...
  6. 6. Bagikan Konten Buatan Pengguna. ...
  7. 7. Bekerja Sama dengan Influencer TikTok. ...
  8. 8. Lakukan Promosi Silang Video TikTok.
Jul 5, 2023

Berapa gajian di TikTok? ›

Delapan kreator lainnya membagikan informasi mengenai gaji TikTok selama dua bulan pertama. Untuk setiap 1.000 penayangan video, uang yang dihasilkan berkisar antara US$ 6-8 (Rp 87.990 – Rp 117.320).

Apa manfaat TikTok Ads? ›

TikTok ads memungkinkan bisnis untuk menampilkan produk dalam cara yang unik dan kreatif. Bisnis dapat menggunakan video pendek yang menarik dan kreatif untuk menampilkan produk dan membuat audiens terlibat secara langsung dengan merek mereka.

Iklan di TikTok namanya apa? ›

5 Jenis Iklan di TikTok Ads yang Wajib Kamu Tahu
  1. In-feed Ads. In-feed ads adalah iklan yang serupa dengan video TikTok biasa, tetapi ditandai dengan label “Bersponsor”. ...
  2. 2. Top View Ads. ...
  3. 3. Brand Takeovers Ads. ...
  4. 4. Hashtag Challenges Ads. ...
  5. Branded Effects Ads.
Apr 21, 2023

Apa nama fitur dari TikTok untuk beriklan? ›

TikTok Ads adalah sebuah fitur yang disediakan oleh TikTok untuk mengembangkan bisnis yang Anda miliki melalui pemasangan iklan di TikTok. Tools satu ini menawarkan platform kuat yang bisa membantu brand untuk mendapatkan perhatian dari jutaan pengguna TikTok di seluruh dunia.

Apa itu CPM TikTok Ads? ›

Dalam struktur harga TikTok ads, ada dua metode yang digunakan, yaitu metode Cost Per Impression (CPM) dan Cost Per Click (CPC). CPM berarti biaya per ribuan impresi, sedangkan CPC berarti biaya per klik. kamu harus memilih metode yang paling sesuai untuk tujuan kampanye iklan kamu.

Apakah TikTok bisa dapat AdSense? ›

Jadi, Anda bisa menghasilkan uang dengan tiktok. Pengguna perlu memainkan strategi saat menginstal TikTok adsense. Setelah akun Anda menyelesaikan pendaftaran dengan Tiktok AdSense, hal berikutnya yang perlu diingat adalah cara menghasilkan uang dari Tiktok.

Apa itu Creator Fund? ›

Pengertian TikTok Creator Fund

Peluncuran program TikTok satu ini memang baru pertama kali diadakan pada tahun 2021 dengan tujuan mulia untuk sang kreator dapat menghasilkan uang atau berbisnis konten melalui ciri khas mereka sendiri.

Apakah bisa pasang iklan di TikTok? ›

TikTok memungkinkan juga untuk menempatkan iklan kita di platform lain yang sudah bekerjasama. Hal ini bisa Anda manfaatkan untuk bisa menjangkau lebih banyak target pasar.

Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Rev. Porsche Oberbrunner

Last Updated: 27/09/2023

Views: 6262

Rating: 4.2 / 5 (53 voted)

Reviews: 92% of readers found this page helpful

Author information

Name: Rev. Porsche Oberbrunner

Birthday: 1994-06-25

Address: Suite 153 582 Lubowitz Walks, Port Alfredoborough, IN 72879-2838

Phone: +128413562823324

Job: IT Strategist

Hobby: Video gaming, Basketball, Web surfing, Book restoration, Jogging, Shooting, Fishing

Introduction: My name is Rev. Porsche Oberbrunner, I am a zany, graceful, talented, witty, determined, shiny, enchanting person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.